Tadika NurShakinah

      





       Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri kali ini lebih kepada keceriaan dan menitikberatkan kepada lukisan mural. Projek ini memakan masa selama 5 hari. 

      Proses pertama yang dilakukan adalah perbincangan tentang tema. Buah fikiran daripada pihak pemilik amat membantu. Pemilik menginginkan tema pelangi sebagai main attraction di tadika beliau. Pemilihan warna juga kebanyakan dipilih oleh pemilik sendiri melalui perbincangan bersama pihak kami. Pemilik sangat menitik beratkan tentang pemilihan warna yang sesuai untuk setiap ruang didalam premis tadika

Ini adalah lakaran yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Perbincangan dari pemilihan tema,warna dan juga watak kartun. Setelah proses lakaran dipersetujui,kami akan menandatangani surat perjanjian kerja dan kontrak kerja secara profesional.Ini bagi memastikan setiap perubahan semasa proses mengecat dipersetujui kedua-dua pihak.



      Kami menggunakan cat dari jenama Easypaint kelas Upaint dan juga Epaint. Pemilihan jenama cat dari Easypaint atas faktor ketahanan yang tinggi dan juga warna yang lebih cerah dan cantik. Easypaint juga mengeluarkan cat khas untuk lukisan Mural. Cat Mural dari easypaint lebih tahan dan anti fungus dan tidak perlu menggunakan undercoat dan lebih mudah digunakan. Cat ini juga berasaskan air dan selamat untuk persekitaran dan amat sesuai untuk tujuan Green Product & Safe Environment .

Proses permulaan kami akan mencuci persekitaran tapak projek dan juga kami akan menggunakan teknik semburan air High Presure untuk mengeluarkan fungus,lumut dan kesan cat lama yang telah mengelupas. Proses ini amat penting supaya cat lebih tahan lama dan proses mengecat juga lebih mudah.






.




Warna cat yang lebih terang menggunakan produk dari Easypaint Mural










Untuk pagar kami menggunakan cat keluaran Easypaint kelas Epaint Gloss




Kami juga mengedarkan flyers di sekitar kedah untuk promosi hujung tahun. 

Sebarang pertanyaan atau ingin membeli cat keluaran Easypaint boleh terus hubungi saya di talian 
019-4557945
call/sms/whatsapp

Comments

Popular Posts